Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Lembaran diri’ Category

Nabi Muhammad berbangga dengan ramainya umat baginda di hari akhirat kelak. Justeru, kelahiran bayi adalah sesuatu yang perlu disambut dengan adab Islam sebagai permulaan terhadap proses pembentukan mereka menjadi insan yang berguna. Sebagai nota khususnya untuk diri sendiri serta barangkali boleh dijadikan perkongsian dengan pengunjung blog saya, saya akan menulis [...]

Read Full Post »

Dalam masa beberapa minggu lagi, isteri saya dijadualkan untuk melahirkan anak kami yang keempat. Segala-galanya atas ketentuan Allah, insyaAllah. Pada waktu begini, seperti biasa sebagai suami dan bapa, antara tanggungjawab saya ialah kerap mendoakan kesejahteraan isteri dan anak di dalam kandungan. Sama seperti saya semasa emak melahirkan saya dahulu, anak di dalam kandungan berada di [...]

Read Full Post »

Hari ini seperti yang dilaporkan oleh BBC, kerajaan British dan Irish akan memanggil duta Israel di negara masing-masing untuk menjawab tuduhan Mossad sebagai dalang di sebalik pembunuhan terancang Mahmoud al-Mabhouh, salah seorang pemimpin kanan pergerakan Hamas dalam sebuah hotel di Dubai bulan lepas. Pasukan pembunuh Mahmoud dikatakan mencuri identiti orang awam Israel selain menggunakan pasport [...]

Read Full Post »

Dia Kekasihku

Tidak pernah kulihat insan sesempurna dia. Sesiapa yang melihat wajahnya pasti kan teruja. Orangnya peramah dan merendah diri. Pandai melayan rakan-rakan. Barangsiapa yang berada di sekelilingnya, pasti merasakan dirinya yang paling mendapat perhatian.
Dia bertubuh sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Berkulit cerah, tidak terlalu putih pucat dan tidak pula terlalu gelap. Rambutnya [...]

Read Full Post »

Anda mengaku Allah itu sebagai Tuhan yang Maha Agung. Akan tetapi anda berjalan di muka bumi ini dalam keadaan bongkak seolah-olah tidak bertuhan. Tiada langsung rasa diperhatikan. Membuat apa sahaja sesuka hati. Tidak pernah rasa bergetar jiwa apabila menyebut nama Allah.
Anda mengaku Muhammad itu sebagai Rasulullah. Akan tetapi tiada langsung keinginan untuk mematuhi sunnah murni [...]

Read Full Post »

Membaca status rakan-rakan di Facebook sejak dua hari lepas agak memualkan. Begitu juga dengan media elektronik dan cetak yang lain. Saya bukan mahu bicara politik kepartian di sini. Tapi yang saya ingin bicarakan ialah politik kendiri. Politik sahsiah dan harga diri.
Saya bersyukur kerana anak-anak saya masih kecil dan belum membaca laju lagi. Ketika inilah saya [...]

Read Full Post »

Saya telah lama draf entri ini. Akan tetapi rasa segan pula untuk menerbitkannya. Semuanya berpunca daripada kelas renang anak pertama saya, Raed, di Linksfield. Sebagai menepati sunnah, saya ingin anak saya belajar berenang. Kelas dan modulnya memang menarik. Saya pun kena terjun sekali ke dalam kolam mandi. Akan tetapi satu perkara sahaja yang saya kurang [...]

Read Full Post »

Dalam kelam-kabut selepas gempa bumi Haiti, dunia terkejut apabila mendengar berita mengenai dakwaan cubaan beberapa kumpulan kebajikan yang menculik kanak-kanak untuk dijual di Amerika Syarikat.
Sebelum itu, dunia juga digemparkan dengan tuduhan petugas kemanusiaan Israel mencuri organ manusia untuk dijual di negara mereka. Saya ada mengulas ringkas tuduhan tersebut di dalam entri sebelum ini.
[...]

Read Full Post »

Ada satu email menarik yang saya terima, meminta saya untuk bertaubat kerana menyatakan yang penganut Kristian zaman sekarang sebagai ahlul kitab. Email itu turut meminta saya bertaubat kerana tidak merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Menurut penghantar email itu, tidak ada lagi di zaman moden ini golongan yang dikatakan sebagai ahli kitab.
Oleh kerana permintaan untuk bertaubat [...]

Read Full Post »

Mudahnya membuat dosa

Dalam satu riwayat, Abdullah bin Mas’ud dilaporkan berkata,
Orang Mukmin melihat dosa ibarat gunung yang menghempapnya. Ahli maksiat pula melihat dosa ibarat lalat yang hinggap di hidungnya.
Manusia akhir zaman hidup di dalam persekitaran yang amat mencabar. Tanpa kawalan yang yang jitu dan murni, mudah sekali kita terjebak dalam dosa.
Ada setengah orang yang memandang dosa itu sebagai [...]

Read Full Post »

Older Posts »