Siapa abidfana?
Beliau ialah hamba Allah, yang telah menghabiskan sepertiga umurnya di perantauan. Merantau menimba ilmu dan pengalaman, banyak memberikan perspektif baru di dalam melihat sesuatu perkara. Destinasi perantauan sekarang ialah di Aberdeen, yang turut dikenali sebagai Granite City dan Oil and Gas Capital City of Europe.
Beliau telah diamanahkan untuk berkhidmat dengan Persatuan Melayu Aberdeen, dan turut dilantik sebagai ahli Council of Religious Leaders di bawah Jabatan Penuntut Malaysia London.
Berasal dari Gombak, beliau mendapat pengajian awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak (1), sebelum menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur. Selepas PMR, beliau menyambung pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Syariah Islamiyyah (Hons) di Universiti al-Azhar cawangan Damanhour, Mesir. Setelah tamat pengajian, beliau berkhidmat dengan Unit Berita al-Jazeera di ASTRO, sebelum menyambung pengajian di University of Aberdeen di peringkat Master di dalam bidang Islamicjerusalem Studies, dan terus berkhidmat di dalam dunia akademik di salah sebuah IPTA tempatan.
Baru muncul di alam maya, tidak bermaksud beliau orang yang tidak go-blog. Setelah beberapa ketika menulis blog untuk bacaan diri sendiri, akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengapungkan sebahagian penulisan beliau kepada umum.
Beliau, ialah saya. Saya ialah saudara kamu, Ahmad Irfan Ikmal Hisham, dan boleh dihubungi di hizbi[at}rocketmaildotcom.




Selamat berblog irfan, insyaAllah moga hasil usaha yg sedikit ini Allah akan angkat sebagai amal pemberat timbangan nanti. Bila kami nak pi Aberdeen pun taktau, masih tak berkesempatan. Nanti la kami plan lain…
Tahniah Irfan… Artikel-artikal yang menarik… mohon kebenaran menggunakan idea-idea enta untuk ana sampaikan pada anak-anak murid…
AF: sila ustaz Syam.
Salam,
Amaran; apa yg. saya tulis dibawah tidak wajar dibaca. Jika dibaca akan keliru dan membuang masa. Tapi saya tulis jugak utk memenuhi keperluan peribadi i.e. menghubungkan sesuatu yg. santai dgn. realiti.
Umumnya bagus, tapi lain padang lain belalang, lain tempat lain situasi (walaupun negara yg sama).
Bezakan:
a)Serigala yg. berada di kalangan serigala dan kita (sbg. kambing) ke rumah sang serigala.-akibatnya :kambing jadi lauk atau kambing mesti belajar jadi lebih bijak utk hidup.
b)Serigala yg. diam dipadang rumput bersama kambing, singa, ular, harimau dan lain2.-akibatnya :kambing yg cukup makan tapi mungkin jadi makanan.
c)Serigala yg. berada di dalam kandang kambing.-Kambing menu harian serigala atau kambing-akibatnya : kambing mesti belajar jadi lebih bijak utk hidup.
d)Serigala dan kambing dalam hal2 lain akibatnya : macam2.
URL (http://abidfana.com/2009/09/29/apa-erti-saya-merantau-ke-luar-negara/) memenuhi tajuknya ie.- signifikan pengembaraan bagi penulis dan fungsinya-blog peribadi.Tetapi ia tidak memberikan perspektif a-d, kelihatan kosmetik memetik kata2 sarjana (yang kita sendiri pun tak faham jika ada makusd2 lain sebab kita bukannya orang arab yg baca quran) tanpa menyesuaikan dgn. situasi sebenar semasa (sebagai ajam di bumi asing).
Ada yg. dalam situasi kerja senang dan ada yg situasi kerja susah macam ‘sambung ekor beruang’ atau ‘pam tayar keretapi’.
Bukanlah sengaja nak menyambung ekor beruang atau pam tayar keretapi, boleh saja buta 1001 benda senang yg lain tapi…itulah ‘fardhu kifayah’ mesti ada orang islam buat.
Hargailah apa juga situasi anda (terutamanya apbl. duduk dikalangan komuniti kambing-[umum tahu glasgow ade ramai melayu m'sia-faham2 sajelah]).
mbeek, mbeek, mbekk,…I am big baaad wolf!..hehx3
mhm
typo error:
buta 1001…..buat 1001
Salam…
Ustaz..
1. Mohon izin memetik artikel ustaz untuk di muatturunkan di web HALUANPalestin..
2. Mohon maklumkan kepada ana jika ustaz pulang ke Malaysia, HALUANPalestin hajat untuk mengadakan talk bersama Ustaz untuk Kajian berkenaan Yahudi Zionis…
3. Email ana: mendidik_berbakti@yahoo.com
Semoga Allah berkati..
Jazakallah..
Salam ya Aba Ridhwan,
1. Dipersilakan.
2. InsyaAllah paling awal rancangan kami balik ke Malaysia ialah pada hujung tahun hadapan. Ada rezeki kita jumpa insyaAllah.
Assalamualaikum… saya seorang pelajar tingkatan empat yang bersekolah asrama. saya sedang melakukan tugas mengkaji gerakan freemasonry bersama rakan-rakan. Alangkah baiknya jika kami dapat berhubung dengan pihak ustaz untuk memudahkan kerja kami. Sesungguhnya kami masih cetek pengetahuan dalam hal ini.Email maklum balas ustaz kepada saya jika ustaz sudi memberi kerjasama dengan kami. InsyaAllah kajian kami akan berjaya.
siapa yang sambung tugas ustaz irfan di unit berita al-jazeera ASTRO sekarang ?
yg ganti as permanent n asst supervisor is ustaz ahmad arif
Assalamu’alaikum…
Tkasih menjenguk ke laman blog saya. Mudah2an ALLAH pelihara Irfan sentiasa, amin…
Izinkan saya petik bbrp artikel di sini, insyaALLAH saya akan letakkan sumber petikan
w’salam. dipersilakan.
Salam..
Saya rasa selesa membaca artikel tuan yg sangat menarik. Izinkan saya letak link artikel2 tuan yg menarik itu di blog sy utk tatapan sy dan rakan2 sy juga.
“Sharing is caring”.. =)
salam. sila2, sila rujuk link @hakciptaterpelihara di atas
Assalamu’alaikum…
Sya baru sja tahu mengenai artikel tuan dn trtarik mmbacanya. Izinkan mmtik dripd sumber tuan utk disampaikn kpd pljr2 sya.
Tk
dipersilakan.
Assalamu’alaikum ustaz…
Saya suka membaca artikel ustaz yg sangat menarik. Izinkan saya mengambil artikel2 ustaz utk tatapan pembaca saya, link artikel2 tuan yg menarik itu akan saya letak di blog sy utk tatapan sy dan rakan2 sy juga.
“Sharing is caring”.. =)
W’salam. Sila2.
saya menjemput ustaz untuk melawat website saya….
sila comment n be a members.
terima kasih.
Assalamualaikum… saya seorang pelajar tingkatan empat yang bersekolah asrama. saya sedang melakukan tugas mengkaji gerakan freemasonry bersama rakan-rakan. Alangkah baiknya jika kami dapat berhubung dengan pihak ustaz untuk memudahkan kerja kami. Sesungguhnya kami masih cetek pengetahuan dalam hal ini.Email maklum balas ustaz kepada saya jika ustaz sudi memberi kerjasama dengan kami. InsyaAllah kajian kami akan berjaya.
+1
Salam,
Salam perkenalan.